CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, July 17, 2009

Suatu Ketika..

Ketika saya jatuh…
Di mana anda?
Ketika saya terkena kudis semasa sy masih kecil..
Di mana anda?
Ketika saya terpijak paku..luka..sakit..
Di mana anda?
Ketika badan saya penuh dengan cacar air..
Di mana anda?
Ketika org caci saya hitam..org ejek saya hitam berkilat..
Saya down...
Di mana anda?
Ketika saya sedih xdapat jawab exam..
Di mana anda?
Ketika saya naik pentas..terima anugerah kecemerlangan..
Di mana anda?
Ketika saya mengalami mimpi buruk..saya menangis..
Adakah anda usap belakang saya dan menenangkan saya?
Ketika saya susah payah belajar di universiti..
Adakah anda tnyakan khabar saya? Ya..dua kali satu semester..bukan?
Ketika saya saya dipanggil oleh ketua jabatan sbb result sy kurang baik..
Adakah anda memberikan sokongan pada saya?
Ketika saya buntu..
Adakah anda akan kedepan dan memberikan nasihat dan sokongan pada saya?
Ketika saya kemalangan..terbaring di atas jalan raya..
Adakah anda tahu? Ya..anda tahu setelah luka saya menjadi parut hitam..
Ketika saya teringin menjamah makanan kegemaran saya..
Adakah anda akan masakkan untuk saya? Oppss..sy lupa anda xtahu apa makanan kegemaran saya..
Ketika saya teringin memakai warna kegemaran saya..
Anda akan belikan warna yg lain utk sy..oppss..sy lupa anda xpernah tahu ungu warna kegemaran saya..
Ketika saya menganyam impian..
Adakah anda tahu apakah impian saya?
Ketika saya mendaki tangga demi tangga dalam hidup saya..
Adakah anda ada di sisi saya selalu?
Soalan demi soalan menerjah di benak saya..xpenah saya suara kan pada anda..kerana saya sayangkan anda..kasih saya xpenah luak..walaupun sisa tangis semalam masih ada..
Adakah saya salah jika anda tidak kenal saya?
Adakah saya salah jika saya menagih kasih dari orang lain?
Adakah saya salah jika org lain lebih mengambil berat pada saya?
Adakah saya salah jika orang lain lebih memahami saya?
Saya hanya memohon restu..perhatian..serta pemahaman..
Maafkan saya...

0 comments: